Thursday, May 5, 2011

Mencari Jati Diri

bagi anda yang berada di seksyen 2 shah alam ini, mencari jati diri ini bukannya sesenang mencari nasi lemak jati yang sedap tuhhhh.  entahla di kala aku bersendirian ini, aku selalu merasa kosong.  makan minum pun terasa cam tak lalu je bila terfikir mak bapa kat kampung.  mana taknya, mak aku masih sedih gara2 ayah aku menyembunyikan tabiat merokoknya daripada mak selama 20 tahun. bayangkan, mak aku kena tipu. orang kata hati perempuan ni bila dah membenci, maka susahlah nk dipujuk.  hasil pemeriksaan doktor baru-baru ini pun mendapati ayah aku menghisap lebih kurang 11 batang rokok sehari. bayangkan, mesti dalam sekotak kan?!
walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur mempunyai orang tua sebaik mereka.  di samping memenuhi tuntutan fizikal( makan, minum, wang saku), my parents are always there by my side when i need them. they will also giving me useful advise as it had help more through my life.  
jauh di lubuk hatiku, aku bertekad tak nk balik ke sarawak semasa cuti ni untuk memberikan ruang kepada keluargaku untuk merinduiku..cewah2, mesti diaorang rindu gilerrrr pasni.  tuhan saja yang tahu betapa rindunya aku akan masakan mak aku, keindahan bumi kpg bunga.  
tak pelah. walaupun di perantauan, aku tetap akan ingat kepada orang tuaku. moga2 mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga.
di kala ini, teringin saja aku melaungkan "selamat hari ibu" dan " selamat hari bapa" kepada kedua-dua orang tua yang aku cintai.

No comments:

Post a Comment