Friday, October 15, 2010

ikatan tali

en muiz turut mengajar kami tentang beberapa jenis ikatan tali untuk persediaan berkhemah.
ikatan buku sila
kegunaan:
  • untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz 
  • digunakan untuk menyambung tali khemah, anduh dan hadiah
  • senang ditanggalkan
  • dikenali sebagai left over right, right over left
ikatan buku sila
simpulan pencuri(thief knot)
  • untuk mengikat bungkusan(mengelakkan tali dibuka)
  • apabila orang itu mengikat simpulan itu kembali, dia lazimnya mengikatnya secara buku sila
simpul pencuri
bunga geti
  • kegunaannya adalah menyambung dua hujung yang berlainan jenis dan saiz
ikatan geti
tindih kasih(bow line)
  • untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak menjerut benda
  • sesuai digunakan untuk menyelamat dan menjerut leher binatang
simpul manok(clove hitch)
  • simpul manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin, seperti kayu, botol, hujung pacang khemah, dan sebagainya,
  • mudah disimpulkan dan ditanggalkan
simpul belit lucut(highwayman's hitch)

highwayman's knot
  • sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang(mudah ditanggalkan)
  • boleh digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali
sheep shank
  • digunakan untuk memendek tali tanpa perlu memotongnya
  • boleh juga digunakan untuk menegangkan tali tanpa perlu membuka ikatan di hujung, ia boleh disimpulkan di tengah tali itu
sheep shank

simpulan pengail(fisherman's knot)
  • sesuai digunakan untuk menyambung dua jenis tali yang licin seperti tali tangsi

lilit balak(the timber hitch)
  • ikatan sementara untuk menurunkan beban seperti balak atau kayu
slip(running) knot
  • ikatan ni mudah diketatkan atau dilonggarkan
  • mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain pada kayu pacang
  • semakin kuat tali ditarik, semakin ketat simpulan tersebut
ikatan seraya
  • digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang
ikatan serong
  • digunakan untuk membuang jambatan, menara dan sebagainya
  • mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang.
  • belit membujur dan kemudian melintang
  •  matikan simpulan dengan simpulan manok
ikatan silang tunku(tripod lashing)
  • digunakan untuk membuat gajet dan menyambung kayu/buluh yang sama besar dan panjang
  • ikatan ini dimulakan dengan menggunakan lilit balak atau simpul manuk  dan bagi mematikan ikat silang tungku, simpul manuk digunakan.




No comments:

Post a Comment