Saturday, August 7, 2010

kayak(minggu kedua)

kayak yang akan digunakan oleh kami
tempat:tasik seksyen 2

aku(berbaju biru) dan hanafi soid(baju hitam) sebelum aktiviti


Pada jumaat lepas, aku telah mengikuti kelab rekreasi bersama kawan baik-hanafi soid.  petang itu, jurulatih kami iaitu En Muiz berjanji akan memberikan kami ujian praktikal berkayak.  ketika itu, masing-masing datang dengan perasaan gementar.
seperti biasa, kami mengambil kehadiran dan melakukan aktiviti regangan otot sebelum menjalani praktikal kayak.  saya telah ditegur berkali2 oleh en Muiz kerana memegang pendayung(blade) pada sisi dan salah..
dia kata:"twist, no 8 aku kata twist. aku tak mau kesilapan. jika silap, ulang sekali lagi. no 8, suara hitung kuat lagi"
berkat tunjuk ajarnya, aku berjaya mengendalikan pendayung pada arah yang betul.
kami turut diarahkan menjalani 'water confident".  nasib baik aku ni suka air, jadi tak da masalah.  kami diarahkan berpegangan tangan dan menyelam ke dalam air tasik pada kiraan lapan..kami turut diajar untuk mengapungkan diri.  
petang itu juga, aku berpeluang berkayak secara individu dan duo..kali ni, aku telah berjaya membuktikan kemampuanku untuk menerokai hobi baru ni.

No comments:

Post a Comment