Thursday, October 21, 2010
Friday, October 15, 2010
pencarian bakat baru pemain bola keranjang
me and hanafi before the game |
pada pukul 8 setengah malam, bertempat di gelanggang bola keranjang, kelihatan pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertainya telah berkumpul dan memanaskan badan. acara bermula sejurus selepas taklimat ringkas diberikan kepada para peserta.
kumpulan the special case yang terdiri daripada azim, hafiz, hanafi dan saya telah bersedia di tepi gelanggang. kami bermain dengan penuh semangat namun nasib tidak menyebelahi kami. lagipun kami kekurangan pengalaman dan tidak mempunyai asas dalam permainan ini.
en muiz dan hafiz |
walau bagaimanapun, kami tidak pulang dengan tangan kosong kerana sijil penyertaan turut diberikan...
para pemain lain:lebih handal |
ikatan tali
en muiz turut mengajar kami tentang beberapa jenis ikatan tali untuk persediaan berkhemah.
ikatan buku sila
kegunaan:
- untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz
- digunakan untuk menyambung tali khemah, anduh dan hadiah
- senang ditanggalkan
- dikenali sebagai left over right, right over left
- untuk mengikat bungkusan(mengelakkan tali dibuka)
- apabila orang itu mengikat simpulan itu kembali, dia lazimnya mengikatnya secara buku sila
- kegunaannya adalah menyambung dua hujung yang berlainan jenis dan saiz
- untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak menjerut benda
- sesuai digunakan untuk menyelamat dan menjerut leher binatang
simpul manok(clove hitch)
- simpul manok biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin, seperti kayu, botol, hujung pacang khemah, dan sebagainya,
- mudah disimpulkan dan ditanggalkan
simpul belit lucut(highwayman's hitch)
![]() |
highwayman's knot |
- sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang(mudah ditanggalkan)
- boleh digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali
sheep shank
- digunakan untuk memendek tali tanpa perlu memotongnya
- boleh juga digunakan untuk menegangkan tali tanpa perlu membuka ikatan di hujung, ia boleh disimpulkan di tengah tali itu
![]() |
sheep shank |
simpulan pengail(fisherman's knot)
- sesuai digunakan untuk menyambung dua jenis tali yang licin seperti tali tangsi
lilit balak(the timber hitch)
- ikatan sementara untuk menurunkan beban seperti balak atau kayu
slip(running) knot
- ikatan ni mudah diketatkan atau dilonggarkan
- mudah menggerakkan ikatan ke bahagian lain pada kayu pacang
- semakin kuat tali ditarik, semakin ketat simpulan tersebut
ikatan seraya
- digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang
ikatan serong
- digunakan untuk membuang jambatan, menara dan sebagainya
- mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang.
- belit membujur dan kemudian melintang
- matikan simpulan dengan simpulan manok
ikatan silang tunku(tripod lashing)
- digunakan untuk membuat gajet dan menyambung kayu/buluh yang sama besar dan panjang
- ikatan ini dimulakan dengan menggunakan lilit balak atau simpul manuk dan bagi mematikan ikat silang tungku, simpul manuk digunakan.
Saturday, October 2, 2010
Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam(bukit cherakah)
Pada 2 September 2010, saya dan Hanafi Soid telah berkunjung ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor. Untuk pengetahuan anda, taman ini merupakan taman pemeliharaan pertama di Malaysia dan berfungsi sebagai pusat rekreasi serta pusat penyelidikan/rujukan pertanian. Dalam kalangan penduduk tempatan, tempat ini dikenali sebagai Bukit Cherakah. Taman ini diwujudkan pada tahun 1986 atas idea Menteri Pertanian ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid. dengan keluasan 1295 hektar, taman itu secara rasminya dibuka kepada orang awam pada 1986. Pada tahun 1992, taman ini telah mencatat sejarahnya yang tersendiri dengan menerima lebih kurang 5 ratus ribu pengunjung.
Selain itu, taman ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Pada musim cuti sekolah, taman ini dibuka dari pukul 9 pagi sehingga pukul 4 petang.
Untuk berkunjung ke sini, orang ramai mempunyai dua alternatif. pertama sekali, anda bolehlah mengambil teksi dari stesyen bas PKNS Seksyen 2, Shah Alam atau menggunakan kenderaan sendiri memandangkan perkhidmatan bas awam tidak disediakan. Dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Persekutuan atau NKVE dan susur ke Shah Alam. Taman Pertanian ini letaknya di Seksyen 8 selepas Hotel Concorde dan Bangunan SUK. Saya dan Hanafi Soid telah memilih perkhidmatan teksi dari Shah Alam yang mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan atau 5.6 km.
Selain itu, taman ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Pada musim cuti sekolah, taman ini dibuka dari pukul 9 pagi sehingga pukul 4 petang.
Untuk berkunjung ke sini, orang ramai mempunyai dua alternatif. pertama sekali, anda bolehlah mengambil teksi dari stesyen bas PKNS Seksyen 2, Shah Alam atau menggunakan kenderaan sendiri memandangkan perkhidmatan bas awam tidak disediakan. Dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Persekutuan atau NKVE dan susur ke Shah Alam. Taman Pertanian ini letaknya di Seksyen 8 selepas Hotel Concorde dan Bangunan SUK. Saya dan Hanafi Soid telah memilih perkhidmatan teksi dari Shah Alam yang mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan atau 5.6 km.
Terdapat pelbagai tarikan utama yang mendorong orang ramai untuk berkunjung ke sini. Antaranya ialah Taman Botani, Taman Padi, Kampung Idaman, Rumah Empat Musim, Danau Perikanan, Paintball Valley, Trek Kecergasan, dan sebagainya. Untuk makluman anda, tiket masuk dikenakan ke atas para pengunjung taman ini. Golongan dewasa yang berumur 12 tahun ke atas dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 manakala golongan kanak-kanak dan golongan tidak berupaya dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Malah, seorang pegawai ditugaskan untuk mengutip bayaran di pintu masuk.
Selain bersantai dengan berjalan kaki di laluan pejalan kaki dan laluan bertar sepanjang 24 kilometer, mereka yang kurang berkemampuan pula bolehlah memilih untuk menggunakan kemudahan pengangkutan tram(bas) percuma yang diadakan pada setiap 20 hingga 30 minit. Sementara itu, perkhidmatan menyewa basikal yang turut disediakan oleh pihak taman. Untuk sejam yang pertama, bayaran sebanyak RM3.00 dikenakan ke atas penyewa dan tambahan sebanyak RM1.00 dikenakan ke atas jam berikutnya. Saya dan Hanafi Soid bersepakat untuk menggunakan basikal untuk menikmati keindahan panorama alam di sini.
Selepas memilih basikal, kami pun menuju ke arah Taman Burung. Pada mulanya, perjalanan kami agak perlahan memandangkan Hanafi Soid terpaksa menunggu saya yang selalu ketinggalan di belakang. Tambahan pula, saya menghadapi masalah menggendalikan basikal kerana sudah 13 tahun tidak menunggangnya.
Taman Burung
Laluan taman ini sesuai untuk para pengunjung yang ingin melakukan aktiviti seperti explorace, jungle trekking, dan management game. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan berpeluang menyaksikan burung-burung liar hinggap di atas pokok untuk makan buah sawit. Anda turut berpeluang melihat burung kakak tua yang dipelihara di dalam sanggar khas. Burung ini telah dilatih untuk mengucapkan khalimah seperti “Selamat Datang, Assalamualaikum, dan Helo”.
Taman Haiwan
Bagi kanak-kanak, mereka pastinya mahu berhenti di Taman Haiwan untuk bermain dengan monyet, burung dan melihat kerbau, satu-satunya haiwan yang kini jarang ditemui kecuali anda pergi ke kampung.
Flying fox
Kepada para pengunjung yang menggemari aktiviti lasak seperti flying fox, anda berpeluang untuk melakukan aktiviti tersebut di sini. Tali flying fox ini merentasi tasik berkayak. Walau bagaimanapun, pengunjung yang berhasrat untuk melakukan aktiviti ini dinasihatkan membuat tempahan awal untuk memudahkan seorang jurulatih khas memantau kegiatan para peserta.
Kayak
Para penggemar sukan air seperti kayak berpeluang untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka ini di tasik sini. Kayak, pendayung dan baju keselamatan(life jacket) turut disediakan oleh pihak taman.
Kolam renang
Berpandukan papan tanda, kami pun menuju ke kolam renang. Kehadiran kami disambut oleh monyet-monyet liar yang berada di laluan kiri dan kanan jalan. Pada mulanya, perasaan gentar akan serangan mengejut monyet-monyet ini begitu menebal dalam sanubari kami. Namun, kami terpaksa kentalkan jiwa dan mengayuh laju sepanjang laluan menuju ke kolam renang. Dengan ini, kami berjaya sampai dengan selamat.
Kolam renang ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian kanak-kanak dan dewasa. Kolam ini sesuai untuk aktiviti ringan seperti bola tampar air. Selain itu, terdapat seorang renjer kolam yang bertugas untuk memantau keselamatan para pengunjung.
Chalet(rumah penginapan)
Untuk kemudahan para pelancong yang inginkan suasana seperti berada di dalam rumah, pihak taman turut menyediakan kemudahan rumah penginapan. Malahan, surau dan kantin turut disediakan berhampiran dengan chalet ini.
Kraf perkhemahan
Tidak jauh dari chalet, terletak tapak perkhemahan yang mempunyai lebih kurang 100 pilihan untuk kemudahan para pengunjung. Tapak ini sangat strategik dan sesuai untuk berpiknik kerana mengelilingi tasik. Malahan, antara kemudahan yang boleh didapati di sini ialah amphiteter, tempat berbeku, bilik solat, dan laluan merentas rimba.
Rumah iklim
Satu lagi tarikan di sini ialah Rumah Iklim yang membolehkan anda merasai pengalaman berada di negara empat musim. Suasana dalam rumah ini dihias seperti keadaan musim itu di Eropah, malah suhunya juga mengikut musim di sana. Jadi berada di sini, dapatlah anda merasa bermain salji di musim sejuk dan menikmati keindahan bunga tulip pada musim bunga.
Menara tinjauan
Para pengunjung dapatlah menikmati pemandangan alam dari menara tinjauan ini. Lazimnya, orang ramai tidak akan melepaskan peluang untuk mengabdikan keindahan alam ini ke dalam bentuk visual.
Empangan Sungai Kuning
Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman berbeza memancing menggunakan umpan tiruan, mereka boleh menyertai aktiviti flying fishing yang terdapat di Empangan Sungai Kuning TPM.
Bagi aktiviti memancing secara fly fishing penggunaan umpan hidup adalah tidak dibenarkan sama sekali dan pengunjung perlu menggunakan kemahiran tersendiri bagi memancing ikan yang terdapat di sana. Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh dipancing seperti ikan talapia, jelawat, rohu, toman, kelah, lampam, krai, baung, keli, patin, dan banyak lagi.
Terowong misteri
Untuk makluman anda, pembentukkan terowong ni berlaku secara semula jadi dan merupakan antara tarikan utama pengunjung ke taman ini. Terowong yang berukuran 32 meter ini terletak berhampiran Empangan Air Kuning dan menembusi sebuah bukit setinggi 60 meter.
Kolam C
Kolam C merupakan kawasan tumpuan pemancing yang ingin memancing ikan-ikan seperti talapia merah dan lain-lain. Kawasan ini juga di jadikan lokasi untuk pengunjung menjalankan aktiviti berkayak.
Rumah idaman
Rumah ladang yang menjadi impian para petani di Malaysia, menonjolkan ciri-ciri senibina tradisional yang terbaik. Rumah-rumah yang terdapat di kampung ini mempunyai identiti negeri-negeri yang tersendiri. Rekabentuk yang dizahirkan daripada pakar, rumah-rumah tersebut adalah:
· Rumah Perlis
· Rumah Kedah
· Rumah Perak
· Rumah Negeri Sembilan
· Rumah Melaka
· Rumah Pahang
· Rumah Pulau Pinang
· Rumah Kelantan
· Rumah Johor
· Rumah Terengganu
Setiap rumah mempunyai ruang yang cukup luas dan boleh menempatkan satu keluarga yang besar dengan selesa. Setiap rumah dilengkapi dengan peralatan asas berserta kemudahan tempat barbeku yang disediakan berhampiran. Rumah-rumah ini juga merupakan tempat penginapan yang sesuai bagi tujuan persidangan atau majlis-majlis sosial.
Perkampungan paintball
Antara tarikan terbaru taman ini ialah perkampungan paintball. Perkampungan ini baru dibuka pada Disember 2008. Untuk menggunakan kemudahan di sini, para pengunjung haruslah berhubung dengan pihak penganjur dan membuat tempahan awal. Bahkan, terdapat pakej berbeza ditawarkan mengikut kemampuan para pengunjung.
Kadar Bayaran:
RM80.00/hari (hari biasa)
RM100.00/hari (hujung minggu & kelepasan am)
Selain tempat-tempat menarik, kami turut menyenaraikan aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan di sini.
No | aktiviti | Laluan | Jarak |
1 | Jungle trekking | Denai padi-laluan rusa-menara flying fox-tepi kolam renang-denai padi | 3 KM |
2 | Explorace game | Taman haiwan-Menara tinjauan-Laluan rusa- Rumah 4 musim-paintball valley- | 4 KM |
3 | Flying fox | - | - |
4 | Kayak | - | |
5 | Kraf perkhemahan | - | - |
6 | Abseiling | - | - |
Skytrex Adventure
Skytrex Advanture Park menawarkan pelbagai peluang bagi mereka yang suka melakukan aktiviti lasak. Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah menyertai cabaran merentas laluan di atas pokok.
Big thrill, little adventure dan extreme challege adalah antara laluan mencabar yang bakal menanti para pengunjung yang gemar melakukan aktiviti lasak.
Big thrill mempunyai 23 cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap peserta dan aktiviti ini perlu diselesaikan dalam jangka masa 1 jam setengah hingga 2 jam dengan kadar bayaran sebanyak RM35 seorang bagi peserta yang berumur 12 tahun ke atas atau RM25 bagi peserta yang berumur 12 tahun dan ke bawah.
Bagi little adventure, terdapat 15 cabaran yang perlu diselesaikan dalam masa setengah jam hingga 1 jam dengan bayaran sebanyak RM25 (semua umur).
Bagi extreme challenge pula, terdapat 21 cabaran yang perlu dilakukan dalam masa 1 jam setengah hingga 2 jam dengan bayaran RM40 (semua umur).
Untuk keterangan lanjut tentang aktiviti ini, silalah hubungi:
Untuk keterangan lanjut tentang aktiviti ini, silalah hubungi:
www.skytrex-adventure.com
Atau hubungi nombor : 013 – 276 9841
Skyfishing
Aktiviti ini boleh didapati di Empangan Sungai Kuning dan para peserta hanya dibenarkan menggunakan umpan tiruan. Antara ikan yang boleh dipancing ialah ikan tilapia, jelawat dan sebagainya.
Ancaman bahaya kepada pengunjung
Laluan jungle trekking yang terdapat di sekitar tepi kolam renang dan laluan ke tapak perkhemahan sangat licin. Dengan ini, penunggang basikal haruslah berhati-hati semasa mengayuh basikal. Malahan, tidak ada papan tanda amaran untuk orang ramai.
Kelebihan taman pertanian ini
Terletak berdekatan dengan Universiti Shah Alam. Oleh itu, kos pengangkutan dapat dikurangkan.
Selain itu, kemudahan-kemudahan yang disediakan lengkap dan terkini.
Cadangan peningkatan
1. Kawasan kolam harus dibersihkan.
2. Yuran kemasukan dan aktiviti harus dikurangkan untuk menarik perhatian pengunjung.
3. Pihak taman juga haruslah gigih mempromosikan taman ini kepada orang ramai.
Lampiran
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kos perjalanan keseluruhan
Tempat | Kenderaan | Kos |
Dari stesyen bas sek 2 ke stesyen bas PKNS, Shah Alam | Bus Seranas | RM0.50 (seorang) |
Dari stesyen bas PKNS ke bukit cherakah | Teksi | RM 11(perjalanan sehala) |
Tiket masuk taman | - | RM 3.00(seorang) |
Sewa basikal | basikal | RM3.00(per orang/jam) Tambahan seringgit(per orang/jam berikutnya) |
Tiket masuk Rumah Empat Musim | - | RM3.00(seorang) |
Dari bukit cherakah balik ke sek 2, shah alam | teksi | RM20.00 |
Kos pakej Paintball
Pakej | Pakej A | Pakej B |
Bayaran | RM80 untuk satu sesi(maksima 4 jam) | RM100 untuk satu sesi(maksima 4 jam) |
Bilangan pellet(peluru) | 200 | 500 |
Tempahan untuk paintball valley
Layari maklumat lanjut di www.deltapaintball.com atau hubungi Luke(0176830273)/ Gegas(0173860346).
Kos Alamat dan nombor telefon taman:
Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Tel : +603 5510 6922 / 5510 6923
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Tel : +603 5510 6922 / 5510 6923
Yuran:
a)masuk dewasa(12 tahun ke atas) kanak-kanak 4 tahun ke atas dan golongan dewasa(55 tahun dan ke atas) diskaun lawatan berkumpulan(50 orang peserta ke atas) | RM 3.00 RM 1.00 20% Hari biasa dan 10 % bagi hari Sabtu, Ahad dan hari pelepasan am |
b)basikal | RM3 sejam dan RM1 bayaran tambahan sejam seterusnya. |
c)kamera video penggambaran filem | RM10 RM 1seribu |
d)joran | RM2 |
e)kolam renang | RM 2 per tiga jam |
f)tiket rumah empat musim | RM 3 per orang |
g) yuran parkir kenderaan | RM1 |
Kadar Bayaran Rumah Idaman:
RM80.00/hari (hari biasa)-10 orang
RM100.00/hari (hujung minggu & kelepasan am)
Kadar Bayaran Kampung Budaya:
RM200.00/hari (hari biasa)-10 orang
RM200.00/hari (hujung minggu & kelepasan am)
Tapak hari keluarga
Amphiteater pusat(RM100), Agro Lodge(RM100), Multi Propose Barn(Taman Padi)-RM100.
Camar Rimba
Kawasan kolam-RM100, kawasan renang(RM200), amphiteater rimba(RM100), gelanggang berpasir(RM100).
Subscribe to:
Posts (Atom)